tajuk pon dah kencang...aku bukn nak citer pasal bohsia or cikaro mahupun budak2 yg terlalu sosial kat luar sner.aku nak tulis pasalnasib si pefitnah .aku ader terbace
ustaz morooco nyer blog...mule2 aku wat tak endah ..tp dah bace sampai baris 5 baru syok....ini dia
kite mesti selalu dengar kawan kiter atau sesiapa pon ckp mcm nie...(sial kau anak haram.....mak kau maen r*^*n dengan laki len...dan perkataan len yg bole menjatuhkanmaruah seseorang tu....)
ok , kita mesti da biase dgn perkataan2 yg sebgini . namun kita trlupa apa kesan dan hukumnya perkataan kita tu . sbgai contoh dialog diatas ni .
"wei,cikaro yg x pakai tudung tu mai mana?"
atau apabila kita melihat gadis yg tergedik2 jalan depan kita , nampak bentuk tubuh badan lain sikit je ade la yg akan ckp
"poit , ce ko ushar karo tu , ***** lain semacam je , dah 'main' la tu.hahaha"
ataupun kita sering melabel gadis2 diluar sana dgn
"ah , kau bohsia!"
"anak haram betul!"
ataupun kite sering bergurau bermain2 dgn
"mak kau lah , main dgn bapak orang lain"
"ayah kau pun same , r**en dgn janda tijah"
.
korang tau x perkataan2 yg korg biasa duk selalu mainkan dibibir tebu korang tu boleh menyebabkan korang berdosa besar?dan wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan?
.
terkejut kan?
korang tau tak semua perkataan tu sekiranya disertakan dgn niat yg gadis itu sama taraf seperti pelacur,dan korg bermaksud yg dia sering meniduri mana2 lelaki yg bersamanya,maka ia adalah Qazaf(melemparkan tuduhan zina) ,bahkan ironinya hatta pelacur sekalipun,selagi kita tak ada saksi mengatakan dia berzina maka tak boelh sewenang2nya mengatakan dia tu pelacur,manakala qazaf juga bermaksud (menafikan keturunan ibunya yang bernikah secara halal)juga adalah Qazaf :contoh anak haram tdi.
sumber:bab alqazaf:kitab bidayah mujtahid wa nihayah muqtasid MS:224.
kenapa aku cakap dengan melabel2 gadis2 tu adalah qazaf,apa buktinya?
ok , sekarang ni seperti yg kite sudah sedia maklum maksud 'cikaro,bohsia' tu ape?
cikaro:gadis2 yg hot kt luar yg boleh dikatakan sering bersosial dan memerlukan ayat yg power utk mendapatkannya .
bohsia:gadis taruhan mat-mat rempit dlm perlumbaan merempit dan akhirnya diakhiri dgn aksi 3gp.
jd , Allah dah berfirman . dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 4-5,
"Dan orang-orang yang menuduh perempuan suci (baik) dengan tuduhan berzina, kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi maka deralah oleh kamu akan orang-orang itu dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah kamu terima penyaksian mereka selama-lamanya. Kerana mereka itu orang-orang yang fasik (4) Kecuali orang-orang yang telah bertaubat sesudah itu dan menjadi baik, Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " (5) . benarlah kata2 Allah yg maha agung.
sumber:alquran tafsir resam uthmani . cetakan terbaru .
jadi dapatlah kite simpulkan disini .
Qazaf:Qozaf ialah menuduh seseorang dengan tuduhan zina, iaitu dengan cara tuduhan kepada individu tertentu dengan melakukkan zina .
Sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina tanpa dapat membawa 4 orang saksi untuk mengukuhkan tuduhan itu, maka AL Quran menetapkan sebatan 80 kali sebat.jika tak dapat bawak saksi maka orang yang menuduh tadi pula kena 80 kali sebat!
Tujuan utama hukuman ini adalah menjaga kemurnian masyarakat daripada tuduh menuduh dengan kelakuan zina yang ini akan menjatuhkan maruah seseorang yang di tuduh itu.
jadi sekiranya dgn lafaz perkataan kita tu menyebabkan orang yang mendengar ucapan perkataan kita , orang sekeliling kita mendengar bahawa almaqzuf (orang yg dituduh) itu adalah yg dimaksudkan dgn perlakuan zina . maka bukan saja kita mendapat satu dosa , malah 4 dosa sekaligus .
pertama : melemparkan tuduhan zina kepada tertuduh .
kedua : dosa menyebarkan fitnah kepada orang lain .
ketiga : dosa menyebabkan maruah tertuduh tercalar .
keempat : dosa menyebabkan orang lain berburuk sangka dan menaruh hasrat untuk melakukan zina dgn tertuduh .
masya Allah .
.
memang benar , hukuman hudud tidak ada di malaysia namun janji Allah itu pasti . jika kita tidak bertaubat nasuha . dan meminta maaf kepada orang yang kita tidak tahu dia tu benar2 "cikaro,bohsia,anak haram,dll". maka baiklah korang pegi mintak maaf kt orang tersebut dan cpt2 lah bertaubat .
xtau cara taubat?amek lah wuduk , wt solat taubat dua rakaat .
dan akhirnya,
Allah amat menggalakkan kita berkata2 yang baik . memanggil saudara2 kita dengan perkataan yang baik seperti yg kita dgr "bro,akhi,sayang,hubby,panggilan nama penuh kawan,ukhti, dan lain2 yg disenangi hati".
Allah berfirman yang bermaksud"dan ucapkanlah kata-kata yang baik (kepada manusia)". Al Baqarah :83 .
.
P/S : jangan menganggap orang yg tidak jalankan syariat agama seperti bertudung itu semuanya perempuan jalang , akan tetapi jalankan tanggungjawab kita dengan mendoakan mereka supaya mereka bertaubat dan berubah .
.
setiap manusia yang melakukan dosa , masih ada masa depan untuk mereka , setiap manusia yang taat pada agama , pasti ada sejarah hitam yang tercipta .